Tujuh laporan polis terhadap lima individu fitnah Zakir Naik

Jahaya (berdiri, empat dari kanan) bergambar bersama jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Selangor dan Pas Kawasan Kuala Selangor di Balai Polis Kuala Selangor, semalam.
Jahaya (berdiri, empat dari kanan) bergambar bersama jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Selangor dan Pas Kawasan Kuala Selangor di Balai Polis Kuala Selangor, semalam.
A
A
A

KUALA SELANGOR - UMNO Bahagian Kuala Selangor bersama Pas Kawasan Kuala Selangor membuat tujuh laporan polis terhadap lima individu kerana dikatakan membuat fitnah terhadap penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Mereka membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Selangor kira-kira jam 6 petang semalam.

Laporan polis itu dibuat terhadap Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M Satees; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy; Bekas duta, Dennis Ignatius dan Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim berkata, kenyataan itu jelas cuba menimbulkan kemarahan kaum Melayu dan umat Islam di negara ini.

"Tuduhan beliau terhadap Zakir ini tak betul, malah individu terbabit bimbang kerana pendakwah ini berjaya menarik lebih ramai bukan Islam memeluk Islam," katanya.

Jahaya berkata, polis diminta membuat siasatan dan mengambil tindakan terhadap penyebar fitnah terbabit.

Katanya, pihaknya juga mencadangkan agar mana-mana pendakwah agama lain terutama yang datang dari negara luar perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa jika ingin berceramah di negara ini.

"Kita menyarankan tindakan serupa dikenakan kepada penceramah bukan Islam yang semakin ramai datang ke negara ini.

Artikel Berkaitan:

"Pihak berkuasa perlu memantau ceramah terbabit agar tidak menimbulkan keadaan tidak harmoni dalam negara," katanya.