Bom lama Israel ragut nyawa lelaki Palestin

Mangsa dikenali sebagai Ali Nehme Hamzeh.
Mangsa dikenali sebagai Ali Nehme Hamzeh.
A
A
A

BEIRUT - Sebutir bom kluster lama Israel meletup dan meragut nyawa seorang lelaki Palestin di selatan Lubnan, semalam.

Bom tersebut dijatuhkan rejim Zionis semasa menyerang Lubnan pada 2006.

Agensi media rasmi Lubanan melaporkan, mangsa dikenali sebagai Ali Nehme Hamzeh.

Hamzeh terbunuh ketika jentolak yang dikendalikannya terpijak bom tersebut semasa meratakan tanah di perkampungan Majdal Selm.

Selatan Lubnan dipenuhi ratusan bom Israel yang tidak meletup.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kira-kira empat juta butir bom digugurkan Israel semasa perang 2006 terutamanya pada tempoh 48 jam terakhir.

Perang tersebut berlangsung selama sebulan dari Julai dan Ogos. - Agensi

Artikel Berkaitan: