Kebakaran hutan hujan Amazon beri kesan buruk

Kemusnahan hutan hujan Amazon satu tamparan hebat kerana ia memainkan peranan sangat penting dalam melambatkan pemanasan global.
Kemusnahan hutan hujan Amazon satu tamparan hebat kerana ia memainkan peranan sangat penting dalam melambatkan pemanasan global.
A
A
A

RIO DE JANEIRO - Saintis memberi amaran kebakaran hutan hujan Amazon di Brazil menjejaskan segala usaha untuk mengatasi masalah perubahan iklim.

Ini kerana, hutan hujan Amazon yang dianggap 'paru-paru bumi' memainkan peranan sangat penting dalam melambatkan pemanasan global.

Ia juga membekalkan 20 peratus oksigen kepada bumi.

"Tidak syak lagi, kebakaran hutan hujan Amazon berpunca daripada peningkatan aktiviti penggondolan kawasan hutan," kata ahli ekologi, Thomas Lovejoy.

Kata Lovejoy, ketika pokok-pokok ditebang atau dibakar ia bukan sahaja menyebabkan pelepasan ketara karbon dioksida malah mengurangkan kapasiti akan datang hutan menyerap gas itu.

Tambahnya, situasi menjadi lebih bahaya kepada manusia apabila banyak karbon masuk ke atmosfera.

Kebakaran hutan Amazon mencatat rekod terburuk dan Institut Kebangsaan untuk Penyelidikan Angkasa (INPE) telah merekodkan 72,843 kebakaran di Bazil tahun ini.

Ia adalah peningkatan kebakaran hutan sebanyak 83 peratus tahun ini berbanding tempoh sama pada 2018.

Artikel Berkaitan:

Asap akibat kebakaran hutan juga boleh dilihat dari angkasa lepas. - Agensi