Tujuh sekeluarga terima rumah baharu

Muhamad Azli (tengah) menyempurnakan majlis penyerahan Projek Baiti Jannati kepada Marihan dan suami hari ini.
Muhamad Azli (tengah) menyempurnakan majlis penyerahan Projek Baiti Jannati kepada Marihan dan suami hari ini.
A
A
A

GUA MUSANG - [DIKEMASKINI] Penantian 13 tahun tujuh sekeluarga di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3, di sini, menerima bantuan rumah baharu tercapai menerusi sumbangan Projek Baiti Jannati, Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Lebih manis rumah yang bernilai RM50,000 setiap unit itu diberikan secara percuma.

Salah seorang penerima, Siti Marihan Mohamad Ghazali, 31, dia dan keluarga hanya menyewa kediaman usang dengan kadar sewa RM50 sebulan.

"Saya memiliki lima anak yang berumur antara 13 hingga 10 bulan. Rumah sewa kami terlalu usang dan untuk menyewa rumah lain yang lebih selesa, kami tak mampu kerana hanya bekerja biasa.

"Alhamdulillah, sumbangan ini amat bermakna kerana jika perlu membeli sendiri, saya dan suami tetap tidak mampu. Terima kasih TNB," katanya.

Majlis penyerahan itu disempurnakan Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) Kelantan, Bahagian Runcit TNB, Muhamad Azli Ab. Rahim di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan, Zulkarnain Zakaria.

Menurut Muhamad Azli, TNB memperuntukkan RM1 juta untuk program Baiti Jannati, pada tahun ini melibatkan pembinaan 20 buah rumah di Kelantan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, ia dipecahkan kepada semua daerah dan Kota Bharu menjadi lokasi utama berdasarkan kepadatan penduduk yang terdiri daripada golongan asnaf.

"Program Baiti Jannati ini dilaksanakan sejak 2007 yang mana manfaatnya dinikmati seluruh daerah di Kelantan. Sebanyak 167 pembinaan di seluruh negara dilaksanakan pada tahun ini.

"Ia merupakan peruntukkan daripada wang zakat dan program ini dilaksanakan melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TNB dalam menyediakan kediaman yang selesa kepada golongan asnaf yang memerlukan," katanya.