Gojek: Kurang jaminan keselamatan

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Golongan muda terutama yang menggunakan motosikal turut menunjukkan reaksi negatif terhadap cadangan kerajaan untuk mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal, Gojek di negara ini walaupun dilihat memberi lebih kemudahan kepada pengguna.

Seorang pemuda, Narulrapsanjani Mohd Tahir, 30, berkata, sebagai pengguna yang juga penunggang motosikal cadangan tersebut dilihat tidak begitu relevan dengan situasi masyarakat di negara ini.

"Perkhidmatan teksi motosikal agak berbahaya kepada orang ramai. Jika dilihat daripada aspek keselamatan, perkhidmatan Gojek kurang jaminan keselamatan.

"Kemudahan pengangkutan awam dan teksi sedia ada sudah memadai serta perlu dipertingkatkan lagi mutunya. Kerajaan harus mengkaji semula cadangan ini demi manfaat semua, " katanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi pemuda, Muhamad Harris Ismail, 24, turut memberi reaksi sama dan berharap perkara berkenaan diperhalusi semula.

"Kena fikir banyak aspek tetapi yang paling penting keselamatan. Walaupun kami juga penunggang motosikal tetapi cadangan mewujudkan perkhidmatan Gojek di Malaysia kurang bernas," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gojek dapat lampu 'lampu hijau' Putrajaya

Artikel Berkaitan: