Trump makin mengarut

Donald Trump
Donald Trump
A
A
A

WASHINGTON - Kesihatan mental Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kembali diperkatakan apabila beliau mengulang kicau (retweet) satu ciapan di Twitter yang mendakwa orang-orang Yahudi menganggapnya seperti tuhan.

Dakwaan itu dimuat naik penyampai radio dan peminat teori konspirasi, Wayne Allyn Root di akaun Twitter miliknya semalam.

Root dalam Twitternya berkata, Trump adalah Presiden terhebat bagi orang Yahudi sehingga kaum itu terlalu menyayangi dan menganggapnya seperti tuhan.

"Wow! Terima kasih Root atas kata-kata yang baik," kata Trump di Twitternya.

Ciapan terbaharu Trump itu dibuat sehari selepas beliau mengelar orang Yahudi yang mengundi calon Demokrat sebagai pembelot.

Tindakan Trump itu mencetuskan kemarahan komuniti Yahudi di AS dan mendakwa beliau mempromosikan stereotaip anti-semitik. - Agensi

Artikel Berkaitan: