X

Kindly register in order to view this article
!

20 militan terbunuh di utara Afganistan

Gambar hiasan
A
A

MAZAR-I-SHARIF (Afghanistan)- Sekurang-kurangnya 20 militan terbunuh dalam serangan udara di wilayah Balkh utara Afghanistan, lapor agensi berita Xinhua.

"Bertindak atas laporan perisikan, Angkatan Udara Afghanistan melancarkan serangan ke atas lokasi persembunyian Taliban di sekitar kawasan Zarah pada Rabu, membunuh 20 militan," kata jurucakap pasukan tentera 209 Shaheen Hanif Rezai.

Turut musnah dalam serangan itu, 20 motosikal serta tempat penyimpanan peluru dan bahan letupan.

Dalam perkembangan berasingan, seorang tentera dan enam militan terbunuh di wilayah Balkh pada Rabu.

Angkatan Pertahanan dan Keselamatan Afghanistan menguasai kebanyakan kawasan yang paling ramai penduduk di 34 daerah. Sementara, Taliban menguasai sebahagian besar kawasan pedalaman.

Setakat ini, Taliban belum memberi sebarang komen berhubung perkara itu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus