'Mereka bukan lagi anggota kerajaan'

Abdul Aziz dan Suhaimi (kanan) pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Pendidikan Negeri di Bilik Gerakan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak, hari ini.
Abdul Aziz dan Suhaimi (kanan) pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Pendidikan Negeri di Bilik Gerakan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak, hari ini.
A
A
A

IPOH - Wakil rakyat pembangkang dilihat tidak wajar bertindak merasmikan sebarang program rasmi kerajaan.

Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, wakil rakyat pembangkang juga tidak boleh bertindak sebagai seorang anggota kerajaan.

Bagaimanapun katanya, pihak kerajaan tetap meraikan dan mengakui kedudukan mereka, malah kedudukan wakil rakyat pembangkang sekarang tidak sama seperti ketika pentadbiran UMNO/BN sebelum ini.

“Kita beri peruntukan kepada mereka untuk menyewa pejabat termasuk ketua pembangkang. Perbezaannya ketara, cuma tak boleh lepas garisan, mereka bukan lagi anggota kerajaan.

“Sebab itu kita lantik penyelaras DUN. Kita juga tidak nafikan hak dan peranan mereka dalam demokrasi. Sebagai warga Malaysia, mereka punyai hak, kedudukan dan kita raikan kedudukan itu.

“Cuma dalam pentadbiran kerajaan, mereka bukan ahli politik. Kami yang dah diberikan mandat berhak untuk mendapat sokongan dan kerjasama daripada mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Pendidikan Negeri di Bilik Gerakan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, kerajaan negeri mengambil perhatian serius terhadap cadangan penubuhan Majlis Perundingan Pendidikan Negeri Perak.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, penubuhan majlis itu dilihat bakal menjadi platform untuk menyuarakan sebarang isu yang timbul dalam bidang pendidikan di negeri ini.

“Penubuhannya akan dibuat pada penghujung tahun ini setelah kita selesai bermesyuarat. Mungkin Oktober dan dalam konteks ini saya nak dengar apa yang mereka nak suarakan berkaitan pendidikan.

“Dengan adanya majlis ini, sekurang-kurang dapat memberi peluang kepada kelompok yang tidak ada ruang di tempat lain,” katanya.