Peraduan Wayang HibSinar – My Stupid Boss 2

No Image Caption
A
A
A

My Stupid Boss 2

Bahasa: Indonesia

Pengarah: Upi Avianto

Pelakon: Reza Rahadian, Bunga Citra Lestari, Chew Kin Wah, Atikah Suhaime, Iedil Putra

Genre: Komedi

Klasifikasi: P13

Tayangan: 29 Ogos 2019

Edaran: TGV Pictures

SELEPAS meraih kejayaan cemerlang menerusi filem pertamanya, My Stupid Boss yang pernah ditonton lebih tiga juta orang ketika tayangannya pada 2016 kini kembali dengan sekuelnya yang mencuit hati.

My Stupid Boss 2 yang masih lagi diarahkan pengarah yang sama, Upi Avianto turut mengekalkan barisan teraju utama dari filem pertamanya iaitu Reza Rahadian, Bunga Citra Lestari, Chew Kin Wah dan Atikah Suhaime.

Namun kisah yang dipaparkan kali ni lebih gamat apabila Bossman dan para pekerjanya terjebak dengan pelbagai insiden yang tidak dijangka melibatkan syarikat tempat mereka bekerja.

Kali ini, akibat semakin ramai pekerja di syarikat Bossman mengundurkan diri kerana kurang selesa dengan pelbagai peraturan tidak masuk akal yang dikenakan, Bossman mengajak Diana, Mr. Kho dan Adrian untuk mencari pekerja baharu dengan upah murah di Vietnam.

No Image Caption

Bagai diduga, tingkah laku kurang menyenangkan dari Bossman kembali menyebabkan mereka terjebak dengan berbagai masalah.

Sementara itu, Norahsikin dan Azahari yang ditugaskan untuk bertugas di pejabat juga berdepan masalah apabila didatangi pengutip hutangyang dibuat oleh Bossman.

Untuk mengetahui apa yang sebenarnya yang berlaku, jangan ketinggalan untuk menonton filem di di pawagam yang berdekatan mulai 29 Ogos ini.

Artikel Berkaitan:

PERADUAN

Menangi tiket percuma dan menjadi antara yang terawal menonton filem My Stupid Boss 2 - WayangHibSinar (Sinar Harian) dengan menulis slogan menarik dan kreatif tentang filem ini.

Saya mahu menjadi antara yang terawal menonton filem My Stupid Boss 2 kerana:

............................................................................................................................................................

Lengkapkan slogan tersebut beserta info diri anda (Nama Penuh, No K/P, Alamat, No. Telefon) dan emel ke: hiburan.sinar@gmail.com (tarikh tutup: 25 Ogos 2019).

INFO TAYANGAN

Tarikh: 27 Ogos 2019 (Selasa)

Masa: 8.30 Malam

Lokasi: TGV 1Utama

(Terima kasih: TGV Pictures)

**Hanya terbuka kepada anda yang menetap di sekitar Lembah Klang sahaja. (Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan terpantas dengan slogan menarik).