Perancangan 70% : Zul Ariffin nikah tahun depan

Zul Ariffin
Zul Ariffin
A
A
A

BINTANG utama filem Sangkar, Zul Ariffin mengakui kini dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, tahun depan.

Menurut Zul, setakat ini perancangan ke arah itu sudah melebihi 70 peratus dan mereka sepakat untuk melalui perhubungan cinta selepas bernikah.

"Harapnya saya dapat kongsikan kepada anda semua yang saya bakal berkahwin pada tahun hadapan. Umur saya semakin meningkat dan saya semakin matang, saya hanya mahu membuatkan sesuatu hubungan itu halal dan terus berkahwin, itu sahaja.

"Bercinta selepas bernikah, itulah yang sepatutnya terjadi. Saya percaya mengenai perkara itu. Saya dah melalui banyak perkara dan beberapa hubungan. Saya tak menyesal, tiada apa yang mahu disesalkan. Saya gembira.

"Pengalaman yang lalu membentuk saya. Saya hanya mahu berkahwin sahaja. Saya mahu jadi terbaik, mahu berkahwin, harapnya tahun hadapan.

"Perancangan ke arah itu sudah melebihi 70 peratus. Jika ada berita baik yang mahu saya cerita, pastinya saya akan kongsikan.," katanya seperti dilaporkan Astro Gempak.

Bagaimanapun setakat ini, Zul memilih untuk merahsiakan identiti wanita istimewa dihatinya. Namun mengakui wanita tersebut bukan muslim yang sedang dalam proses mempelajari agama Islam.

Sebelum ini, Zul dikaitkan dengan seorang wanita daripada Ukraine yang dikenali sebagai Tanya Glembotska. Bagaimanapun Zul tidak pernah mengiyakan mahupun menafikan hubungan cinta dengan wanita tersebut.

Artikel Berkaitan: