Gojek resahkan pemandu teksi, Grab

Gambar kecil: Noorman Kamsani
Gambar kecil: Noorman Kamsani
A
A
A

JOHOR BAHRU - Keputusan kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan teksi motosikal atau Gojek di negara ini hanya akan meresahkan pemandu teksi dan Grab.

Setiausaha Kelab Kebajikan Pemandu Teksi Cenderawasih Larkin Johor Bahru, Noorman Kamsani berkata, ia adalah satu tindakan yang hanya seperti mahu 'melepaskan batok di tangga'.

"Kerajaan sepatutnya perbaiki dahulu sistem pengangkutan sedia ada dan mengkaji sedalam-dalamnya pendapatan diterima pemandu teksi dan Grab sejak kebelakangan ini.

"Jika menteri memberikan alasan untuk mencipta ruang pekerjaan baharu, seharusnya difikirkan dahulu kami pemandu teksi dan Grab yang sudah lama berkhidmat selaku duta kecil Malaysia berpuluh tahun lamanya," katanya di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: