Yemen bedil barat daya Arab Saudi

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SANAA - Tentera Yemen membedil bahagian barat daya Arab Saudi awal hari ini, lapor stesen televisyen al-Masirah.

Jurucakap Angkatan Tentera Yemen, Brigadier Jeneral Yahya Saree dipetik sebagai berkata, serangan dron Qasef-2K itu menyasarkan Pangkalan Udara Raja Khalid di wilayah Asir.

Tambahnya, serangan berjaya memusnahkan menara komunikasi serta stesen dan tangki minyak di pangkalan tersebut.

Kata Saree lagi, serangan itu sebagai tindas balas terhadap 40 serangan udara Arab Saudi di Yemen dalam tempoh 48 jam lalu. - Press TV

Artikel Berkaitan: