Lelaki bakar masjid dibebas dengan jaminan polis

Noh Idris
Noh Idris
A
A
A

PADANG TERAP - Lelaki berusia 23 tahun yang ditahan atas dakwaan membakar mimbar Masjid Padang Setol, Jalan Pedu, Padang Terap Isnin lalu dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat tempoh reman.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris berkata, suspek yang direman tiga hari sejak Selasa lalu dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurutnya, lelaki yang pernah terlibat dengan kes khianat dan judi itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat ke atas pusat ibadat.

Dalam kejadian berkenaan, sebahagian mimbar dan permaidani di Masjid Padang Setol terbakar dipercayai perbuatan khianat.

Kejadian itu hanya disedari jemaah masjid yang datang untuk solat Subuh pada jam 5.40 pagi.

Susulan itu, pihak polis berjaya mengesan suspek di Kampung Tanjung Pauh, pada jam 3 petang hari yang sama untuk membantu siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis tahan lelaki bakar mimbar masjid

Artikel Berkaitan: