3,600kg ayam sejuk beku dirampas

Sebanyak 3,600 kg ayam sejuk beku berjumlah RM30,000 yang cuba diseludup masuk secara haram ke negara ini dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu menerusi Op Wawasan.
Sebanyak 3,600 kg ayam sejuk beku berjumlah RM30,000 yang cuba diseludup masuk secara haram ke negara ini dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu menerusi Op Wawasan.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Sebanyak 3,600 kilogram (kg) ayam sejuk beku berjumlah RM30,000 yang cuba diseludup masuk secara haram ke negara ini berjaya dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu menerusi Op Wawasan Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan, Mohd Azam Yahya berkata, rampasan dilakukan pada jam 11.30 malam di pangkalan haram Jitong, Jeram Perdah di sini.

"Rampasan membabitkan keseluruhan nilai berjumlah RM80,000. Ini adalah rampasan pertama untuk bulan Ogos membabitkan ayam sejuk beku.

"Sebuah lori dan van yang dipercayai digunakan untuk kerja-kerja menyeludup itu turut disita," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Maqis akan terus menjalinkan kerjasama dengan seluruh agensi penguatkuasaan sempadan dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan.

No Image Caption

"Maqis sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan perkara menyalahi peraturan negara.

"Kami akan mengambil langkah serius dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Azam berkata, tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara.

"Aktiviti menyeludup ayam sejuk beku merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

"Selain itu, kesalahan ini juga boleh dikenakan tindakan kompaun di bawah Peraturan-peraturan Kuarantin dan Pemeriksaan (Perkompaunan Kesalahan 2019) sehingga RM50,000," katanya.