Jadi pemuas nafsu ayah kandung

Gambar hiasan. (Gambar kecil: Razmi)
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang bapa disyaki memasukkan objek ke dalam kemaluan anak kandungnya yang baharu berusia lima tahun sehingga mengalami kecederaan semata-mata untuk memuaskan nafsunya dalam kejadian di sebuah rumah di Hulu Terengganu.

Perbuatan melampau suspek, 50, terbongkar selepas kanak-kanak perempuan itu menceritakan kejadian tersebut kepada ibu kandungnya, 44, ketika mereka berada di Besut, kira-kira jam 10 malam Ahad lalu.

Menurut sumber, mangsa mendakwa semasa berada di bawah jagaan ayahnya selama empat hari pada cuti Hari Raya Aidiladha lalu, suspek ada memasukkan objek keras ke dalam kemaluannya sehingga berdarah.

Sumber berkata, akibat perbuatan itu, mangsa yang juga anak sulung daripada dua beradik memaklumkan dibawa neneknya ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan.

"Mangsa juga mendakwa suspek turut memintanya merahsiakan kejadian itu dan mengugut akan memukul ibunya (isteri suspek) jika diketahui orang lain.

"Terkejut mendengar makluman itu, ibu mangsa terus membawanya ke Hospital Besut untuk pemeriksaan dan pengesahan pihak hospital sebelum membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kata sumber, difahamkan ibu bapa mangsa dalam proses penceraian dan mangsa dikatakan dijaga secara bergilir-gilir oleh ibunya dan suspek.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian di Balai Polis Kuala Berang, Hulu Terengganu.

"Kita sedang menunggu keputusan laporan perubatan dan suspek juga sudah ditahan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan kerana perhubungan seks dengan objek," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia