'Serangan baharu ke atas Genting Gaza lebih dahsyat'

Kedua-dua operasi ketenteraan dilancarkan Israel pada 2012 dan 2014 mengakibatkan kemusnahan infrastruktur yang teruk di Genting Gaza.
Kedua-dua operasi ketenteraan dilancarkan Israel pada 2012 dan 2014 mengakibatkan kemusnahan infrastruktur yang teruk di Genting Gaza.
A
A
A

TEL AVIV - Menteri Israel semalam amaran keras serangan ke atas Genting Gaza akan menjadi lebih dahsyat daripada operasi ketenteraan pada 2014.

Ugutan itu dibuat Menteri Sains dan Teknologi, Ophir Akunis ketika wawancara bersama rangkaian berita berhaluan kanan, Arutz Sheva untuk membincangkan perkembangan dan potensi konflik di wilayah itu.

Ketika disoal tentang tuntuan dibuat puak di Palestin untuk melonggarkan sekatan ke atas Genting Gaza, Akunis dengan angkuh berkata, Hamas akan memahami tindakan dibuat Israel.

Menurutnya, Hamas kononnya telah menguji kesabaran mereka sejak dua minggu lalu yang merujuk kepada beberapa insiden serangan di pagar perimater di Gaza.

“Dasar kerajaan adalah jelas. Jika terdapat keperluan, akan berlaku operasi ketenteraan di Genting Gaza. Adalah salah untuk bercakap kepada media tentang operasi itu. Tetapi, ia boleh memberi masa kepada musuh untuk membuat persediaan.

“Ini kerana operasi ketenteraan itu adalah lebih dahsyat daripada Operasi Protective Edge dan Operasi Pillar of Defence,” ujarnya.

Tambahnya, terdapat pertimbangan yang sangat luas sebelum memulakan kempen tersebut termasuk mempertimbangkan tindakan ketenteraan dan senjata tambahan sistem lain.

“Pilihan raya pada bulan depan tidak akan mengehadkan kempen terhadap Genting Gaza,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Operasi Pillar of Defence yang dilancarkan pada 2012 itu menyaksikan lebih 165 penduduk Palestin terbunuh di Genting Gaza manakala Operasi Protective Edge pada 2014 yang disifatkan sebagai serangan ganas tidak pernah berlaku sebelum ini meragut lebih 2,200 nyawa termasuk kira-kira 500 kanak-kanak. - Agensi