Bot pukat tunda langgar syarat sah lesen ditahan

No Image Caption
A
A
A

GEORGETOWN - Sebuah bot pukat tunda ditahan di perairan Muka Head di sini, kelmarin kerana didapati melanggar syarat sah lesen.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, bot tersebut ditahan pada jarak 12 kilometer dari perairan Muka Head kira-kira jam 8.15 malam.

Menurutnya, ketika ditahan terdapat seorang tekong dan dua awak-awak warga tempatan di atas bot berkenaan.

"Pemeriksaan mendapati bot tersebut telah melanggar syarat lesen yang mana ia beroperasi dari jarak yang tidak dibenarkan dari kawasan pantai.

"Bot tersebut didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM400,000 dan kes serta barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Perikanan Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan: