Penyelia maut, kereta berpusing langgar tembok rumah

Kereta mangsa terbalik dalam kemalangan di Kampung Jelutong di sini awal pagi tadi.
Kereta mangsa terbalik dalam kemalangan di Kampung Jelutong di sini awal pagi tadi.
A
A
A

PONTIAN - Seorang penyelia maut selepas kereta Honda Accord dinaiki terlibat dalam kemalangan di KM76.5 Jalan Johor Bahru Batu Pahat dekat Kampung Jelutong di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira- kira jam 4.00 pagi itu, Aizat Mohd Hashim, 22, beralamat di Taman Medan Ayer Baloi, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, mangsa yang dalam perjalanan dari Pontian menghala ke Benut hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan melanggar tiang.

Menurutnya, kereta mangsa kemudiannya berpusing dan melanggar tembok sebuah rumah di lokasi kejadian.

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa kemalangan di Kampung Jelutong di sini awal pagi tadi.
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa kemalangan di Kampung Jelutong di sini awal pagi tadi.

"Cuaca baik ketika kejadian namun permukaan jalan tidak rata dan kering.

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, tujuh orang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pontian yang diketuai oleh Komander Operasi, Julia Sani bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa kemalangan.

Artikel Berkaitan: