X

Kindly register in order to view this article
!

Rumah hangus, penghuni sempat selamatkan diri

Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres kelas A berkeluasan 40x70 kaki persegi.
A
A

KUALA LUMPUR - Penghuni sebuah rumah sempat menyelamatkan diri daripada rentung apabila kediaman diduduki di Jalan 13 Kepong Ulu di sini terbakar pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian pada jam 6.30 pagi.

Menurutnya, seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, BBP Rawang dan BBP Hartamas bergegas ke lokasi.

"Menurut komander operasi, kebakaran melibatkan sebuah rumah teres kelas A berkeluasan 40x70 kaki persegi.

"Kebakaran itu memusnahkan keseluruhan rumah namun penghuni berjaya menyelamatkan diri," katanya.

Keadaan rumah yang hangus dalam kejadian kebakaran di Jalan 13 Kepong Ulu pagi tadi.
Keadaan rumah yang hangus dalam kejadian kebakaran di Jalan 13 Kepong Ulu pagi tadi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!