Vaping ganggu fungsi saluran darah

Vaping boleh beri kesan kepada saluran darah walaupun ada yang beranggapan pengguna e-rokok hanya menyedut wap air.
A
A

PENNSYLVANIA - Kajian terbaharu menunjukkan golongan muda yang sihat mengalami simptom fungsi saluran darah terjejas selepas menghisap rokok elektronik walaupun tanpa nikotin.

"Ia sebenarnya boleh memberi kesan akut dan memberi kesan kepada saluran darah walaupun ada yang beranggapan pengguna e-rokok hanya menyedut wap air," kata ketua kajian, Dr Alessandra Caporale di Universiti Pennsylvania.

Kajian sebelum ini mendapati 'vaping' meningkatkan tanda keradangan dan satu bentuk kerosakan tisu dikenali sebagai tekanan oksidatif yang kembali pada paras normal dalam tempoh satu hingga tiga jam.

Sementara itu, Dr Irfan Rahman di University of Rochester Medical Center yang menjalankan kajian terhadap kesan rokok elektronik terhadap kesihatan turut menemukan kesan jangka panjang terhadap gangguan kardiovaskular.

Namun, kajian tersebut tidak mengesahkan pengguna 'vape' akan mengalami masalah kesihatan tersebut. - AFP