Rombakan Kabinet dalam waktu terdekat?

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Desas-desus mengenai rombakan Kabinet kembali diperkatakan apabila dua akhbar berbahasa Cina melaporkan tentang perkara tersebut.

Menurut Oriental Daily dan Sinchew Daily, rombakan Kabinet akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Akhbar itu mendakwa Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan menyertai Kabinet.

Oriental Daily mendakwa tindakan itu akan diambil kerana Kabinet dikatakan memerlukan anggota yang berpengalaman.

Lapor akhbar itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah membincangkan perkara itu dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Jelasnya, pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan lain akan diadakan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan terus dikekalkan.

Artikel Berkaitan: