Lelaki disyaki langgar Syed Muhammad Danial tiba di mahkamah

Seorang lelaki yang ditahan untuk membantu siasatan kes kematian Syed Muhammad Danial Syed Shakir didakwa di Mahkamah Kajang di sini hari ini. - Foto ZAHID IZZANI
A
A

KAJANG - Seorang lelaki yang dikatakan terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kamatian Syed Muhammad Danial Syed Syakir dalam satu insiden di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran persimpangan Southville City, Kajang, 10 Ogos lalu tiba di Kompleks Mahkamah Kajang di Kajang, pagi ini.

Lelaki berusia 40 tahun yang memakai baju-T berwarna hitam itu dibawa polis menggunakan trak polis itu memasuki pekarangan mahkamah jam 9 pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek kes Syed Muhammad Danial dituduh esok

Suami isteri sebabkan kematian lelaki direman tujuh hari

Lelaki itu berdepan tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan akan dijalankan di Mahkamah Majistret 1, jam 11 pagi ini.

Terdahulu, tempoh reman lelaki itu berakhir semalam selepas disambung reman selama lima hari pada 17 Ogos lalu.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia