Wang zakat bantu asnaf keluar dari kemiskinan

Siti Sara (dua dari kanan) menunjukkan hasil cili yang ditanamanya kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPK, Mohd Haidi Sulaiman (tengah) sambil diperhatikan Orang Besar Jajahan Hulu Perak, Datuk Meor Roslan Meor Ahmad Rashidi ( dua kiri).
Siti Sara (dua dari kanan) menunjukkan hasil cili yang ditanamanya kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPK, Mohd Haidi Sulaiman (tengah) sambil diperhatikan Orang Besar Jajahan Hulu Perak, Datuk Meor Roslan Meor Ahmad Rashidi ( dua kiri).
A
A
A

GERIK - Siapa sangka wang zakat yang diterima Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mampu mengubah kehidupan asnaf dan fakir miskin untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

Ia diakui sendiri oleh salah seorang penerima wang zakat yang dibantu oleh MAIPK di melalui Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf MAIPK, Siti Sara Md Zahid, 31, melalui projek tanaman cili fertigasi.

Siti Sara yang mengusahakan tanaman berkenaan di Kampung Alai, Gerik berkata, tuduhan segelintir masyarakat bahawa MAIPk mengabaikan golongan asnaf dan fakir miskin adalah tidak benar dan tidak berasas.

"Saya ingin beritahu jika MAIPk tidak bantu saya dan keluarga, kami pasti akan hidup dalam kemiskinan.

"aya bersyukur kerana diberi peluang menerima wang zakat yang dibayar kepada MAIPk untuk mengusahakan tanaman cili ini.

"Bagi saya MAIPk melaksanakan amanah sebaiknya dengan menyalurkan wang zakat kepada golongan asnaf seperti saya supaya kami mampu keluar dari kepompong kemiskinan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.

Tanaman cili dibelakang kediaman Siti Sara.
Tanaman cili dibelakang kediaman Siti Sara.

Siti Sara turut menasihati masyarakat agar berpandangan negatif terhadap MAIPk tetap bersama-sama membantu membayar zakat agar wang berkenaan dapat digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Artikel Berkaitan:

"Demi ALLAH, saya amat bersyukur kerana hidup kami bakal berubah jika sebelum ini saya dan suami hanya mengambil upah menoreh getah dengan pendapatan sebulam RM700 demi menyara tiga anak kami berusia lapan hingga dua tahun.

"Bila saya lihat hasil tanaman cili yang saya usahakan ini, saya dapat lihat masa hadapan kami yang cerah dan dengan hasil ini juga saya bakal menjadi penyumbang zakat selepas menjadi penerima zakat sebelum ini," katanya.

Menurut Siti Sara, pada mulanya dia mengisi borang permohonan untuk menjadi peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf MAIPK dan tidak menyangka namanya terpilih.

Cili yang ditanam Siti Sara.
Cili yang ditanam Siti Sara.

"Selepas nama saya terpilih saya mengikuti kursus April lalu dan mula menanam cili dengan bimbingan pihak Helmy Agrisolutions bersama MAIPk di belakang rumah melibatkan keluasan tanah hanya 100x100 kaki.

"Walaupun menghadapi sedikit kesusahan untuk memastikan tanaman sentiasa terjaga saya berjaya melakukannya hingga hasil pertama dapat dituai hari ini untuk dijual bagi menjana pendapat buat keluarga," katanya.

Tambahnya, sehingga kini dia mempunyai 1,000 pokok cili yang diusahakan di mana dia boleh memetik 80 hingga 100 kilogram cili setiap kali menuai hasilnya.