Chandrayaan-2 memasuki orbit bulan

Penyisipan orbit itu berjaya dilakukan seperti yang dirancang.
Penyisipan orbit itu berjaya dilakukan seperti yang dirancang.
A
A
A

BANGALORE - Kapal angkasa India, Chandrayaan-2 telah memasuki orbit bulan semalam selepas memulakan perjalanan selama empat minggu bagi merealisasikan misi mendarat di bulan.

Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) memaklumkan penyisipan orbit itu berjaya dilakukan seperti yang dirancang dengan menggunakan sistem pendorong kapal dan tempoh pergerakannya adalah 1,738 saat.

Difahamkan, Chandrayaan-2 masih perlu memasuki orbit terakhir.

Jika keseluruhan misi itu berjalan seperti dirancang, kapal angkasa tersebut dijangka mendarat di bahagian kutub selatan bulan pada 7 September depan.

India berhasrat untuk menjadi negara keempat selepas Rusia, Amerika Syarikat dan China mendarat di bulan. - Agensi

Artikel Berkaitan: