Alif Satar minta hentikan lawak ‘body shaming’

Alif Satar
Alif Satar
A
A
A

PENYANYI dan pengacara Alif Satar tidak menganggap tindakannya membantu Sherry ketika berdepan insiden ‘body shaming’ yang melibatkan juri jemputan program Big Stage, Mark Adam pada Ahad lalu, sebagai satu perkara yang perlu diperbesarkan.

Malah kata Alif, 29, apa yang dilakukan itu adalah perkara normal sebagai respon kepada situasi yang terjadi, namun tidak menyangka mendapat perhatian ramai sehingga namanya menjadi trending.

“Saya sebenarnya segan apabila orang memperkatakan tentang perkara itu kerana rasa ia tidak ada kaitan dengan saya pun. Bila orang puji-puji macam itu, takut kita rasa diri macam sempurna sangat pula.

“Nanti selepas ini kalau ada buat silap, memang habislah. Kita pun manusia biasa yang tidak akan terlepas daripada buat kesilapan..

“Saya tak tak rasa terbeban dengan pujian ini, cuma rasa segan bila jadi perhatian hanya kerana perkara seperti itu. Lagi pun kita tak hidup atas pujian orang,” ujarnya.

Bagaimanapun Alif yang ditemui pada majlis sidang media pelancaran jenama Warung Alicafe dan pembaharuan kontraknya sebagai duta Alicafe di Restoran Rebung, Che Ismail, Jalan Tanglin, Kuala Lumpur semalam, percaya Mark Adam tidak berniat untuk mempersendakan fizikal Sherry.

Alif Satar
Alif Satar

“Mark juga manusia dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Apa yang penting, bila dia tersilap macam ni, dia terus meminta maaf dan menjelaskan salah faham tersebut secara personal dengan Sherry.

Artikel Berkaitan:

“Tindakan yang Mark lakukan itu bagi saya sangat gentleman dan itu yang sepatutnya dilakukan apabila kita dah buat silap,” kata Alif.

Dalam pada itu, pengacara program Big Stage ini meminta orang ramai agar berhenti daripada menjadikan bentuk fizikal seseorang sebagai bahan untuk melawak.

“Saya tak salahkan orang yang melawak macam ni kerana kita sendiri memang dibesarkan dengan lawak sebegini sebelum ini.

“Tapi sekarang ni dah masuk tahun 2019, rasanya dah boleh berhenti daripada buat lawak yang yang menyentuh fizikal ni.

“Kita tak tahu macamana seseorang itu struggle untuk menjadi lebih baik, jadi tak perlulah kita mempersendakan mereka dengan lawak sebegitu,” akhiri Alif.