Kerajaan akan teliti SOP kemasukan penceramah bebas

Mujahid -Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
Mujahid -Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) sedia ada berkaitan kehadiran penceramah luar untuk menyampaikan ceramah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, Kabinet sebelum ini juga bersetuju bahawa kehadiran penceramah berkenaan mestilah mengikut syarat ditetapkan.

Menurutnya, syarat itu bukan sahaja perlu dipatuhi oleh penceramah tetapi termaktub kepada individu bukan Islam yang hadir dalam majlis berkenaan.

“Dia (penceramah) mestilah mengikut dan faham situasi di negara ini, keadaan masyarakat serta beberapa perkara lain.

“Mereka perlu hormati undang-undang serta keadaan negara ini yang mempunyai berbilang kaum dan bangsa di mana Islam sebagai agama Persekutuan (tetapi) agama lain bebas untuk diamalkan,” katanya selepas

Pelancaran Program Halal Fun Run 2019 di Putrajaya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu bangkit isu perkauman terus ditangkap, tiada lagi amaran

Artikel Berkaitan: