Polis kesan Alza putih lawan arus

Tangkap layar dari video yang tular menunjukkan Perodua Alza dipandu melawan arus.
Tangkap layar dari video yang tular menunjukkan Perodua Alza dipandu melawan arus.
A
A
A

SHAH ALAM - Satu rakaman video sebuah kereta jenis Perodua Alza warna putih yang dipandu secara melawan arus di Jalan Pandan Indah Lebuhraya Besraya tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, pihaknya kini sedang mengesan kenderaan berkenaan yang telah dikenal pasti nombor pendaftarannya.

Menurutnya, dalam kejadian ini, pemandu tersebut memandu secara berbahaya tanpa mempedulikan pengguna jalan raya dan telah menyebabkan kemalangan kepada kenderaan lain.

"Polis telah merakam percakapan pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan (dua buah kenderaan) itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman menambah, polis juga melakukan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Lebuhraya Besraya dan meminta orang ramai yang menyaksikan insiden berkenaan untuk tampil memberi maklumat kepada polis.

Artikel Berkaitan: