Saifuddin sokong GoJek, mampu manfaat platform e-dagang tempatan

Saifuddin
Saifuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Kehadiran perkhidmatan teksi motosikal, GoJek Indonesia di negara ini mampu memanfaatkan platform e-dagang tempatan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut Saifuddin, beliau menyokong cadangan dikemukakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk memperkenalkan GoJek di negara ini.

Beliau berkata, berdasarkan satu kajian melibatkan 80,000 pengguna e-dagang di rantau Asean mendapati Malaysia mempunyai masa penghantaran purata e-dagang yang terpanjang berbanding negara-negara lain.

“Masa penghantaran purata e-dagang di Malaysia adalah 5.8 hari berbanding purata 3.8 hari di rantau Asean.

“Sejumlah 43 peratus pengguna e-dagang yang dipantau juga tidak puas hati dengan perkhidmatan penghantaran e-dagang di Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Dalam masa sama, Saifuddin berkata, di Indonesia, GoJek menawarkan perkhidmatan GoSend E-commerce apabila pengguna yang membeli barangan di platform e-commerce boleh memilih jenis penghantaran melalui GoJek.

Jelas beliau, ia jauh lebih pantas berbanding penghantaran biasa, malah perkhidmatan GoSend E-commerce Same Day Delivery juga ditawarkan.

“Dalam KPDNHEP-Laman Rasmi bersedia bekerjasama dengan GoJek dan pemain-pemain e-dagang tempatan bagi merancakkan pembangunan ekonomi digital di Malaysia,” katanya.

Menerusi kaji selidik dimuat naik menerusi akaun Twitter miliknya, Syed Saddiq berkata, beliau mahukan suara anak muda sama ada mereka bersetuju atau tidak sekiranya GoJek diperkenalkan di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, perkara itu bagi membantu golongan muda yang mempunyai motosikal untuk membuat perniagaan kecil menggunakan mod kenderaan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: GoJek dapat lampu 'lampu hijau' Putrajaya