Maklumat rasmi rahsia tular di WhatsApp

Datuk Asmawati Ahmad
Datuk Asmawati Ahmad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengesan ada maklumat rasmi diklasifikasikan sebagai rahsia dikongsi dan disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp oleh pihak tertentu.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pihaknya menjalankan siasatan penyebaran maklumat itu mengikut Seksyen 203A(1) Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti punca kebocoran maklumat.

"PDRM juga siasat mengikut Seksyen 203A(2) akta sama. Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara setahun atau kedua-duanya.

"Mana-mana pihak yang memiliki apa jua maklumat terkelas (classified) diterima melalui apa sahaja cara hendaklah tidak dikongsi atau menyebarkannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mana-mana pihak juga boleh tampil membantu siasatan polis untuk mengenal pasti punca kebocoran maklumat tersebut.

Artikel Berkaitan: