Gojek dapat lampu 'lampu hijau' Putrajaya

Gojek, rangkaian pengangkutan dan permulaan logistik berpusat di Jakarta, Indonesia.
Gojek, rangkaian pengangkutan dan permulaan logistik berpusat di Jakarta, Indonesia.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kabinet hari ini secara prinsipnya dilapor bersetuju terhadap cadangan mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal, Gojek, di negara ini.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dipetik sebagai berkata, Kabinet sudah mengarahkan Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Belia dan Sukan membuat kajian berhubung mekanisme pelaksanaan serta undang-undang berkaitan khusus untuk perkhidmatan itu di Malaysia.

“Undang-undang khusus untuk Gojek belum ada lagi. Oleh itu, dua kementerian berkenaan diarah untuk menyedia dan memperincikannya bagi membenarkan Gojek dimajukan.

“Ia tidak begitu sukar, sebagai contoh undang-undang sedia ada membabitkan ‘geofencing’ (kawasan dibenarkan untuk perkhidmatan), kita tidak boleh menempatkan Gojek di lebuh raya yang akan membawa kemudaratan dari segi keselamatan dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pelancaran Tekun Mart Mobile di Putrajaya di sini hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilapor membentangkan usul dan cadangan kepada Kabinet untuk melaksanakan program itu.

Menerusi kaji selidik yang dimuat naik menerusi akaun Twitter miliknya sebelum ini, Syed Saddiq berkata, perkara itu bagi membantu golongan anak muda yang mempunyai motosikal untuk membuat perniagaan kecil menggunakan mod kenderaan itu.

Perkhidmatan menggunakan aplikasi, Gojek adalah antara syarikat pemula niaga unicorn di rantau ini dan menumpukan kepada rangkaian pengangkutan dan permulaan logistik yang berpusat di Jakarta, Indonesia.

Artikel Berkaitan: