Dua remaja hilang ditemui selamat

Mohd Said Ibrahim
A
A

SEREMBAN - Dua remaja yang menghilangkan diri sejak 3 Ogos lalu dari rumah keluarga masing-masing di sini, ditemui selamat malam tadi di Selayang, Selangor..

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, Chan Jiah Huih, 14 dan Chan Yi Xuan, 15, ditemui oleh keluarga mereka di sebuah kedai dobi kira-kira jam 10 malam selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

"Pada awalnya keluarga telah menjumpai mereka dan kemudian membawa mereka ke Balai Polis Selayang untuk diambil keterangan.

"Pihak polis kemudiannya membawa kedua-dua remaja itu ke hospital bagi membuat pemeriksaan lanjut dan tiada sebarang kecederaan dihadapi serta kedua-dua mereka berada dalam keadaan sihat," katanya.

Tambahnya, hasil siasatan awal yang dilakukan, kedua-dua remaja ini mengaku telah melarikan diri dari rumah secara sukarela kerana masalah keluarga.

"Kedua-dua mereka dalam keadaan selamat, tiada unsur jenayah dikesan dan mereka telah pun diserahkan kepada keluarga masing-masing," katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan Jiah Huih dan Yi Xuan keluar dari rumah masing-masing pada jam 9 pagi, namun tidak pulang sehingga ke lewat malam.

Kedua-dua keluarga yang bimbang kemudiannya membuat laporan polis pada 4 Ogos lalu, namun selepas 17 hari, pelajar tingkatan dua dan tiga itu tidak juga pulang ke pangkuan keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Dah 17 hari, keluarga rayu anak pulang'


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia