Kedai Adidas buat si cilik

PENGENALAN konsep baharu itu akan menjadikan pilihan yang lebih mudah untuk ibu bapa sekali gus merealisasikan matlamat untuk mengutamakan anak-anak sebagai sasaran pelanggan.
PENGENALAN konsep baharu itu akan menjadikan pilihan yang lebih mudah untuk ibu bapa sekali gus merealisasikan matlamat untuk mengutamakan anak-anak sebagai sasaran pelanggan.
A
A
A

BUAT julung kalinya, Adidas menyediakan keperluan terbaik untuk kanak-kanak di bawah satu bumbung sekali gus menawarkan variasi pakaian kasual estetik buat peminat cilik.

Pengurus Besar Adidas Malaysia, Ng Chee Loon berkata, pihaknya gembira apabila dapat memperkenalkan kedai kanak-kanak Adidas yang pertama di negara ini.

"Kami mempercayai pengenalan konsep baharu itu akan menjadikan pilihan yang lebih mudah untuk ibu bapa sekali gus merealisasikan matlamat untuk mengutamakan anak-anak sebagai sasaran pelanggan.

"Ini adalah fasa pertama untuk kedai konsep kanak-kanak kami dan lebih banyak akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini dengan tambahan kedai pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Pelancaran Kedai Kanak-Kanak Adidas di IOI City Mall, Putrajaya yang dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik selain memperagakan koleksi pakaian terbaharu jenama sukan terkemuka itu.

Pengunjung turut diberikan tiga peluang untuk bermain mesin cakar bagi merebut peluang mendapatkan hadiah berupa barangan Adidas eksklusif seperti Superstar, Stan Smith dan baucar tunai RM50.

Butik-butik Adidas secara keseluruhannya akan menempatkan pakaian kanak-kanak, kasut dan aksesori yang disediakan untuk bayi sehingga remaja berumur 14 tahun.

Pembahagian kawasan mengikut lingkungan umur pastinya akan memudahkan ibu bapa untuk mencari saiz yang sesuai untuk anak-anak, kata Chee Loon. Layari www.adidas.com.my atau www.facebook.com/adidasMY untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Artikel Berkaitan: