Spotify Lite lebih mudah dan pantas

SPOTIFY Lite merupakan versi aplikasi Spotify yang lebih ringan, pantas dan ringkas selain menawarkan pengalaman muzik yang tiada tandingannya.
A
A

MAHU menikmati muzik tanpa mengira tahap liputan rangkaian, pelan data mahupun jenis peranti yang digunakan?

Spotify Lite ada jawapannya. Spotify Lite merupakan versi aplikasi Spotify yang lebih ringan, pantas dan ringkas selain menawarkan pengalaman muzik yang tiada tandingannya.

Pengguna masih boleh mencari dan memainkan lagu artis kegemaran, menyimpannya, berkongsi dengan orang lain, menerokai muzik baharu atau menikmati senarai lagu yang disusun khas.

Bezanya, Spotify Lite direka dengan sedikit ciri-ciri khas yang menjadikannya sesuai untuk sistem operasi dan peranti lama.

Menurut Pengurus Kanan Produk Spotify, Kalle Persson, berdasarkan maklum balas pengguna seluruh dunia, Spotify Lite direka untuk membolehkan berjuta lagi pengguna menikmati pengalaman muzik terbaik di dunia.

“Ini bersesuaian untuk mereka yang berada di kawasan liputan jalur lebar yang rendah atau pengguna peranti dengan ruang storan terhad,” katanya.

Dengan Spotify Lite, pengguna boleh mengawal penggunaan data serta ruang storan telefon anda dengan mudah kerana aplikasi ini hanya bersaiz 10mb.

Spotify Lite boleh didapati dalam 36 pasaran Google Play termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam.