PDRM perlu ramai juruterbang bertauliah

Acryl Sani (lima dari kanan) bersama pegawai-pegawai PDRM di pusat latihan berkenaan.
Acryl Sani (lima dari kanan) bersama pegawai-pegawai PDRM di pusat latihan berkenaan.
A
A
A

IPOH - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan lebih ramai juruterbang bertauliah bagi menampung keperluan operasi pada masa hadapan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, juruterbang sedia ada dilihat tidak mencukupi untuk melakukan penerbangan.

Menurutnya, penerbangan yang dilakukan adalah tertakluk kerana protokol, berapa lama juruterbang boleh terbang sehari.

"Setakat ini, kita dah ada enam helikopter (saiz sederhana), lima pesawat kecil dan pesawat karavan.

"Sebab itulah perlu berikan perhatian isu juruterbang berkurangan untuk diatasi," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Pelaksanaan Projek Rintis di 12 Kawasan Berisiko Tinggi di Pangkalan Latihan, Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) serta Penutupan Kursus Pengurusan Pemantapan Media Sosial Ke Arah Kecemerlangan Organisasi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) 2013 Ipoh, Perak hari ini.

Pada majlis berkenaan, Acryl Sani turut menyampaikan Sayap Penerbangan kepada Ketua Pengarah AADK, Datuk Sri Zulkifli Abdullah yang berjaya menamatkan kursus penerbangan di PLPGU selama dua tahun.

Sementara itu, Zulkifli mengakui gembira kerana berjaya menamatkan kursus penerbangan berkenaan walaupun tidak mengikutinya sepenuh masa.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak ikuti kursus sepenuh masa di PLPGU, tetapi saya berjaya tamatkan kursus.

"Antara kenangan saya tidak boleh lupa apabila perlu terbang secara solo, setengah orang 'gayat' tetapi saya memang gemarkan aktiviti lasak," katanya.