Peranti Waverly Ambassador terjemah lebih 20 bahasa

TEKNOLOGI canggih yang digunakan membolehkan peranti itu memproses ucapan dan enjin penterjemahan berasaskan awan untuk menjadikan kerja lebih pantas selain tiga mod yang ditetapkan.
TEKNOLOGI canggih yang digunakan membolehkan peranti itu memproses ucapan dan enjin penterjemahan berasaskan awan untuk menjadikan kerja lebih pantas selain tiga mod yang ditetapkan.
A
A
A

MEMANG banyak aplikasi iPhone yang menawarkan perkhidmatan penterjemahan termasuk Google sendiri, namun inovasi Waverly Labs dikatakan antara yang terbaik dengan pengalaman menakjubkan.

Peranti canggih yang dinamakan Waverly Ambassador Translator itu dikatakan memberikan penterjemahan bahasa lebih tepat melalui audio telinga, teks terus kepada aplikasi telefon pintar dan boleh disiarkan secara langsung dalam persidangan terbuka.

Ia boleh menterjemahkan lebih 20 bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Itali, Portugis, Sepanyol, Arab, Yunani, Rusia, Hindi, Turki, Polandia, Cina Mandarin, Jepun, Korea, Thailand, Vietnam dan Belanda.

Teknologi canggih yang digunakan membolehkan peranti itu memproses ucapan dan enjin penterjemahan untuk menjadikan kerja lebih pantas selain tiga mod yang ditetapkan.

Mod pendengaran biasa digunakan untuk penterjemahan peribadi seperti pembentangan atau perbualan dengan pemandu pelancong.

Mod kedua iaitu kuliah pula memproses perkataan penceramah yang memakai peranti itu untuk audien yang hadir sebelum teks penterjemahan audio dikongsi melalui telefon pintar atau pembesar suara atau sistem audio peribadi.

Mod converse pula membolehkan pengguna berkomunikasi walaupun berlainan bahasa kerana peranti itu boleh menetapkan bahasa yang mahu digunakan sekali gus menjadikan perbualan itu lebih baik.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.esquire.com atau waverlylabs.com. Setiap set peranti dijual dengan harga USD149 (RM622.31)

Artikel Berkaitan: