Warga emas maut motosikal ditunggang terlibat nahas

(Gambar kecil, Md Tar Dawi)
(Gambar kecil, Md Tar Dawi)
A
A
A

MELAKA - Seorang warga emas maut selepas terlibat kemalangan membabitkan dua buah motosikal di hadapan Masjid Simpang Krayong, Jalan Chinchin, Jasin di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Md Tar Dawi, 70, yang cedera parah dihantar ke Hospital Melaka namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8 pagi tadi.

Ketua Polis Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan membabitkan dua buah motosikal iaitu Honda EX5 yang ditunggang mangsa dengan sebuah lagi motosikal jenis SYM Bonus ditunggang seorang remaja berusia 18 tahun.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas motosikal ditunggang remaja berkenaan dari arah Jasin ke Chinchin terbabas lalu memasuki jalan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa.

"Disebabkan itu mangsa yang juga bekas pekerja kantin Hospital Jasin mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Melaka.

"Bagaimanapun mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Arshad lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: