Kukuhkan pendidikan orang Melayu

Badhrulhisham
Badhrulhisham
A
A
A

SHAH ALAM - Pendidikan orang Melayu perlu diperkukuhkan supaya mereka boleh bersaing menjadi satu bangsa yang kuat.

Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Datuk Dr Badhrulhisham Abd Aziz berkata, orang Melayu bukan lemah kerana sejarah telah membuktikan mereka (orang Melayu) mempunyai teknologi yang tinggi pada zaman dahulu dalam industri perkapalan.

"Hari ini jika Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seru kepada persatuan jika orang menyebut mengenai bangsa, budaya, negara dan pendidikan bersatu itu atas dasar hari ini.

"Sebab itulah bagaimana berjasa pun ia kita tidak boleh terima DAP," katanya dalam Siri Wacana SInar Harian Siri ke-120 di Dewan Karangkraf hari ini.

Beliau turut menegaskan orang Melayu bukan rasis dan dalam kehidupan seharian perlu adil.

"Dalam kenegaraan, kuasa, politik dan dominasi perlu majoriti. 70 peratus orang Melayu di Malaysia ini perlu menjadi dominan baharulah negara akan stabil," katanya.

Mengulas mengenai Islam perlu kuat, beliau berkata, kekuatan Melayu itu nanti menjadikan negara akan stabil.

Katanya, apa yang menyebabkan negara menjadi kucar-kacir disebabkan minoritinya telah mula menunggangi dalam kerajaan.

Artikel Berkaitan:

"Saya menyeru kepada semua tidak kira parti fikirkanlah perkara ini supaya menjadikan Islam itu sebagai dasar yang akan menyatupadukan kita semua.

"Lihat kembali sejarah dan belajar dari sejarah. Dari situ kita dapat fikir untuk kembalikan pelbagai hak-hak orang Melayu," katanya.