Penulis dari Malaysia, Zen Cho menang Anugerah Hugo

Zen Cho
A
A

PENULIS kelahiran Malaysia, Zen Cho, 33, diberi pengiktirafan di Anugerah Hugo (Hugo Award).

Anugerah Hugo merupakan satu anugerah berprestij yang meraikan kesusasteraan dan penulisan sains fiksyen.

Menerusi laporan star2.com, karya Cho yang bertajuk 'If At First You Don't Succeed, Try, Try Again' telah memenangi kategori Penulis Novel (Novelette) Terbaik.

Kemenangan itu diumumkan di Konvensyen Sains Fiksyen Dunia ke-77 di Dublin, Ireland semalam.

"Saya memang tidak menjangka akan menang dalam anugerah ini, saya rasa bertuah kerana dicalonkan, tetapi memang tak terfikir yang saya akan menang.

"Sebelum ini saya sentiasa menghadiri acara yang dianjurkan oleh pihak Hugo, mungkin itu menjadi faktor saya tercalon.

"Kali ini, saya sudah meneka siapa calon lain yang akan memenangi kategori tersebut, tiba-tiba saya diumumkan menang" Kata Cho, ketika dihubungi menerusi Facebook.

Sedikit info mengenai Cho, penulis berbakat ini berasal dari Selangor dan turut bekerja sebagai seorang peguam.

Cho kini menetap dan melaksanakan tanggungjawab dalam kerjayanya di United Kingdom.

Dia adalah pengarang dua novel, Sorcerer To The Crown (2015) dan sekuelnya, The True Queen (2019). Dia menyunting antologi Cyberpunk Malaysia (2015).

Anugerah Hugo adalah satu set anugerah sastera yang diundi oleh ahli-ahli Konvensyen Fiksyen Dunia semasa dan dibentangkan oleh Persatuan Fiksyen Sains Dunia untuk fiksyen sains atau karya fantasi yang terbaik pada tahun sebelumnya.

Pertama yang dianugerahkan pada tahun 1953, mereka dinamakan sempena Hugo Gernsback, pengasas majalah fiksi sains perintis Amazing Story.

Sementara itu, melalui Twitternya pula, dia mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah secara peribadi kepadanya.

"Terima kasih kepada semua atas ucapan tahniah. Saya tidak dapat menjawab tweet anda secara peribadi kerana telah 'dibunuh' oleh para penulis 'fanfic' yang gembira meraikan 0.000001% daripada Hugo mereka," tulisnya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia