The Rock umum sudah berkahwin

Dwayne Johnson dan Lauren Hashian telah menjadi pasangan suami isteri.
Dwayne Johnson dan Lauren Hashian telah menjadi pasangan suami isteri.
A
A
A

PELAKON Dwayne Johnson mendedahkan di Instagram (IG) miliknya bahawa dia dan teman wanitanya, penyanyi Lauren Hashian, telah menjadi pasangan suami isteri di lokasi rahsia di Hawaii.

Johnson meletakkan sekeping foto perkahwinannya berserta kapsyen.

"Kami lakukan, 18 Ogos, 2019. "Pōmaika'i (diberkati)," tulisnya.

A post shared by therock (@therock) on

Meskipun ramai yang terkejut dengan pengumuman itu namun rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Johnson, 47, mantan megastar WWE dengan gelaran The Rock dan Hashian, 34, mempunyai dua anak bersama: Jasmine Lia, 3, dan Tiana Gia, 1.

Johnson juga mempunyai anak perempuan berusia 18 tahun, Simone Alexandra Johnson, dari perkawinan sebelumnya dengan Dany Garcia, yang berakhir pada tahun 2007.

Memetik laporan People pada 2012, dia berkata dia sangat bernasib baik kerana jatuh cinta lagi selepas perceraiannya.

Artikel Berkaitan:

"Saya sangat bernasib baik kerana jatuh cinta,"

"Untuk jatuh cinta lagi? Itulah satu perkara yang sukar untuk dilakukan dua kali dalam kedudukan saya. Saya seorang anak yang bertuah (expletive), " katanya kepada People pada 2012.

Sementara itu, menerusi laporan CNN, bintang filem antarabangsa dilaporkan bertemu dengan penyanyi, pencipta lagu dan produser pada tahun 2006 dan pasangan itu mula 'berdating' pada tahun 2007, berikutan perceraiannya dengan Garcia.

Pelakon tersebut juga merupakan antara tonggak utama filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw bergandingan dengan Jason Statham.