Jho Low nafi ada dalam perbualan BBM dengan Joanna Yu: SPRM

Jho Low
Jho Low
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low menafikan beliau adalah seorang daripada individu dalam perbualan menerusi log BBM yang diekstrak dari telefon bimbit bekas pengurus perhubungan AmBank, Joanna Yu Ging Ping.

Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Rosli Husain, 54, berkata Jho Low tidak mengakui perkara itu semasa ditunjukkan transkrip perbualan BBM itu ketika percakapan direkodkan daripada lelaki itu di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 27 November 2015.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kenyataan yang direkodkan daripada beberapa individu yang tidak dipanggil sebagai saksi pada LUMUT - Sebuah bot nelayan tempatan bersama lima awak-awak dilepaskan Kementerian Kelautan dan Perikanan (KKP) Indonesia selepas hampir tiga jam ditahan pihak berkuasa negara itu di kedudukan 24.5 batu nautika berhampiran Pulau Jarak, semalam. itu.

Harvinderjit: Adakah transkrip BBM ini ditunjukkan kepada Jho Low

Rosli: Ya, ada

Harvinderjit: Dia mengakui atau menafikan

Rosli: Dia menafikan

Sebelum ini, mahkamah mendengar keterangan daripada saksi bahawa perbualan log BBM antara Yu yang mengendalikan akaun-akaun bank Najib dan Jho Low adalah berkaitan urusan transaksi kemasukan dan pengeluaran wang daripada akaun-akaun bank milik bekas Perdana Menteri itu.

Artikel Berkaitan:

Saksi pendakwaan ke-57 itu juga memberitahu mahkamah bahawa SPRM turut merekodkan kenyataan daripada bekas ketua pegawai eksekutif SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil sebanyak dua kali pada Oktober 2015 di Jakarta, Indonesia.

Beliau turut memberitahu pegawainya ada mengambil kenyataan daripada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pada 2018.

“Saya tidak berjumpa dengan Tan Sri Zeti, tetapi pegawai saya yang merekodkan percakapannya sekali pada tahun 2018 iaitu selepas pertuduhan (pertuduhan SRC ke atas Najib dibuat pada Julai 2018),” kata Rosli yang dilantik sebagai pegawai penyiasat kes SRC pada 6 Julai 2015.

Ditanya peguam itu sama ada beliau ada berjumpa dengan bekas pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Terence Geh untuk merekodkan percakapannya, saksi itu menjawab “tidak jumpa. Dia dah lari”.

Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung Khamis.- Bernama