Derita tinggal dalam kereta buruk berakhir

LZS membantu mencarikan rumah baru buat wanita yang sebelum ini menjadikan kereta sebagai tempat berteduh.
LZS membantu mencarikan rumah baru buat wanita yang sebelum ini menjadikan kereta sebagai tempat berteduh.
A
A
A

KLANG - Tinggal bersendirian dalam sebuah kereta buruk dan hanya makan jika ada yang menghulurkan bantuan.

Itu yang terpaksa dilalui seorang wanita selama lebih sebulan sebelum penderitaannya berjaya dihidu Lembaga Zakat Selangor (LZS).

LZS dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung keadaan wanita berusia 51 tahun itu yang menjadikan kereta sebagai tempat berteduh di satu lokasi di sini.

Menurut kenyataan itu, sebaik menerima maklumat, pegawai Zakat Selangor Daerah Klang bergegas ke lokasi.

“Sebak dan kasihan melihatnya. Terlalu peribadi untuk diceritakan sebab ibu ini terpaksa tinggal di dalam kereta buruk.

“Hari ini, LZS bersama pemimpin masyarakat dan penduduk membantu mendapatkan rumah baharu untuk ibu ini dan kami segera pindahkannya,” kata kenyataan itu.

Menurut LZS, walaupun kediaman baharu belum sempurna buat wanita tersebut, namun ia lebih selamat untuk didiami.

Katanya, bantuan kecemasan sebanyak RM500 turut dihulurkan kepada wanita tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Bersamalah kita doakan ibu ini diberikan kekuatan untuk meneruskan hidupnya,” kata kenyataan itu lagi.