Bapa rogol anak perempuan diberkas

No Image Caption
A
A
A

AMPANG – Seorang lelaki diberkas bagi membantu siasatan berhubung kes rogol kanak-kanak berusia 10 tahun di Taman Cangkat Permata, Ampang Jaya, di sini, Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superitendan Mohd Zaid Hassan berkata, lelaki berusia 37 tahun itu direman seminggu sehingga 31 Disember ini.

“Kita menerima laporan daripada nenek mangsa yang mendakwa cucu perempuannya dipercayai dirogol oleh ayah kandungnya ketika berada di kediaman di Taman Cangkat Permata,” katanya.

Mohd Zaid berkata, sebelum kejadian, nenek mangsa yang menjaga cucu perempuannya sehingga tahun lalu.

‘Mangsa mendakwa kejadian dipercayai berlaku kerap kali pada waktu malam daripada tahun lalu sehingga kini.

“Ketika kejadian, mangsa menolak tetapi telah dipaksa, mangsa tidak memberitahu sesiapa kerana takut dimarahi suspek,” katanya.

Beliau berkata, ibu kandung mangsa tinggal di Rawang dan telah berkahwin lain.

“Mangsa mempunyai seorang adik perempuan berusia tujuh tahun tinggal bersama ibunya,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.