Tip utama menjadi bapa terbaik

No Image Caption
A
A
A

BERGELAR bapa merupakan detik manis dalam kalangan lelaki yang berumah tangga. Kehadiran cahaya mata comel telah melengkapkan sesebuah perkahwinan.

Itu bermakna golongan bapa mempunyai tugasan baharu, membentuk masa depan serta keperibadian anak-anak.

Anak-anak ibarat kain putih maka ibu dan bapa bertanggungjawab mencorakkan mereka supaya menjadi insan berguna kelak. Namun begitu, sebelum mendidik anak-anak, golongan bapa seharusnya mempamerkan contoh dan menjalankan tanggungjawab yang baik.

Justeru, e-Trend pada hari ini berkongsi tiga tip utama menjadi bapa terbaik.

1- Luangkan masa, ketepikan gajet

Selepas seharian sibuk dengan tugasan di pejabat maka apabila pulang ke rumah pastikan anda 'mencuri' masa bersantai bersama anak-anak.

Manfaatkan masa sepenuhnya di rumah dengan beriadah, menonton televisyen atau menikmati hidangan makan malam bersama-sama.

Tolak tepi gajet ataupun telefon pintar seketika supaya anda dapat memberi tumpuan penuh terhadap anak-anak.

Pada hujung minggu pula, bawa keluarga bersiar-siar atau melakukan aktiviti yang menyeronokkan.

2- Jadi contoh terbaik

Artikel Berkaitan:

Sebagai ketua keluarga dan bapa, anda harus menjadi contoh terbaik buat anak-anak. Setiap tutur kata dan perbuatan seorang ayah akan sentiasa menjadi ikutan.

Justeru, anda perlu mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni terhadap anak-anak supaya mereka menjadi insan berguna apabila dewasa kelak.

Jika anak-anak melakukan kesalahan tegurlah dengan cara yang baik berbanding terus memukul atau menghukum.

3- Tutor di rumah

Jangan meletakkan tanggungjawab berkaitan pendidikan pada bahu para guru di sekolah. Menjadi seorang ayah anda juga perlu menjadi 'guru' yang terbaik di rumah.

Sebelum anak-anak melelapkan mata pastikan anda memeriksa kerja rumah mereka yang diamanahkan oleh guru. Luangkan masa untuk menemani proses ulang kaji dan menyiapkan tugasan tersebut.

Menerusi kaedah tersebut secara tidak langsung anda dapat mengenal pasti kelemahan anak-anak pada subjek tertentu.