Rafizi kini jadi penulis surat

Paparan Twitter Rafizi
Paparan Twitter Rafizi
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli secara berjenaka memaklumkan bahawa pekerjaan terbaharunya adalah sebagai seorang penulis surat.

Sekitar dua minggu lalu, Rafizi menulis surat kepada Kahiry Jamaluddin Abu Bakar yang isi kandungannya mengharap agar Ahli Parlimen Rembau itu terus kekal bersama Umno.

Dan hari ini, bekas Ahli Parlimen Pandan itu menyatakan hasrat untuk sekali lagi menulis surat tetapi kali ini ditujukan kepada syarikat makanan segera, KFC berikutan kenaikkan harga hidangan yang ditawarkannya.

Menurutnya, surat berkenaan akan ditulis supaya KFC mengekalkan harga lama hidangannya.

“Saya check menu delivery KFC memang naik harga, RM4. Nanti saya tulis surat kepada KFC pula. Kerja tulis surat je lah aku hahaha.

“Saya penyokong tegar KFC, tidak pernah bertukar walau ada parti ayam lain di Malaysia,” katanya melalui perkongsian di Twitternya hari ini.

Dalam perkongsian Twitter itu juga, dapat dihidu ada unsur sindiran yang ditujukan kepada ahli-ahli politik yang merlompat parti.

Sejak PRU 14, 9 Mei lalu, seramai 16 orang ahli parlimen telah keluar Umno dan 12 yang menjadi wakil rakyat bebas menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Artikel Berkaitan:

PH kini berbaki 29 lagi kerusi untuk meraih majoriti dua pertiga di parlimen. Setakat ini, parti komponen PH yang terdiri daripada Bersatu, Amanah, PKR dan DAP menguasai 119 daripada 222 kerusi parlimen, sementara 9 dipegang Warisan yang merupakan rakan sekutu mereka.

Selain itu, 12 anggota parlimen yang meninggalkan BN dan menjadi wakil rakyat bebas menyatakan sokongan kepada PH.