Pahang tidak halang ceramah Zakir Naik

Wan Abdul Wahid
Wan Abdul Wahid
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan negeri tiada masalah untuk membenarkan penceramah bebas, Dr Zakir Naik mengadakan ceramah di Pahang asalkan tidak melanggar garis-garis panduan yang telah ditetapkan.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, tiada sebarang arahan atau halangan untuk menyekat Zakir masuk ke Pahang asalkan mendapat kebenaran pihak berkuasa dan tidak melanggar peraturan.

"Sesiapa sahaja yang hendak ceramah agama di sini mesti dapat kebenaran MUIP dan kita memang ada garis panduan.

"Antaranya tidak menyentuh isu-isu yang telah digariskan termasuk fatwa, perkauman, isu sensitif atau sebagainya," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, bagi MUIP tiada masalah besar mengenai isu berkenaan kerana pihaknya sentiasa memantau dan membuat kawalan mengenai sebarang aktiviti ceramah atau ilmu keagamaan bagi mengelak timbulnya perkara tidak diingini.

"Garis panduan sudah tetapkan apa yang boleh atau tidak boleh.

"Selagi beliau tidak sentuh isu-isu sensitif tiada masalah untuk kita memberi kebenaran sebab kita sentiasa kawal perkara ini," katanya.

Artikel Berkaitan: