Subjek integriti dalam program latihan, kursus sektor awam

Lee Lam Thye - Foto Halim Wahid
A
A

KUALA LUMPUR - Subjek baharu mengenai integriti perlu dimasukkan ke dalam program latihan atau sukatan pelajaran sedia ada untuk kakitangan awam dalam usaha membendung penglibatan golongan itu dalam aktiviti rasuah.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia perlu turut merangkumi kursus yang dilaksana Institut Tadbiran Awam Negara.

Pada masa yang sama, katanya, kerajaan juga harus memperkenal kurikulum baharu di sekolah bagi membolehkan pelajar mempelajari kesan negatif rasuah dan mengapa ia tidak boleh diterima.

“Masanya amat bertepatan kerana nilai murni dan integriti harus disemai dalam kalangan generasi muda semasa mereka masih bersekolah.

Ia dapat membantu mengembangkan budaya kejujuran dan amanah agar menjadi cara hidup pemimpin masa hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Lathefaa Koya semalam berkata 46.3 peratus daripada 4,860 orang yang ditahan SPRM dari 2014 hingga Jun lepas adalah penjawat awam. - Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia