Bekas Presiden Sudan dakwa terima RM376 j daripada MBS

Bashir (duduk) mempunyai 94 peguam yang akan membela beliau atas kes rasuah.
Bashir (duduk) mempunyai 94 peguam yang akan membela beliau atas kes rasuah.
A
A
A

KHARTOUM - Bekas Presiden Sudan, Omar al-Bashir mengaku menerima wang tunai berjumlah AS$90 juta (RM376 juta) daripada Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman (MBS) dan beberapa kerabat diraja lain.

Semalam, detektif yang menyiasat kes rasuah melibatkan bekas pemimpin itu, Ahmed Ali memberitahu mahkamah bahawa wang itu diberikan oleh beberapa wakil Putera Mahkota tersebut.

"Tertuduh memaklumkan wang tersebut adalah sebahagian daripada AS$25 juta (RM104 juta) untuk kegunaan selain bajet negara. Beliau juga menerima AS$35 juta (RM146 juta) dan AS$30 juta (RM125 juta) daripada Raja Abdullah yang mangkat pada 2015," katanya.

Perkara itu terbongkar selepas wang tunai dalam jumlah yang banyak ditemukan di kediaman Bashir selepas beliau digulingkan pada April lalu.

Ketua Majlis Tentera, Leftenan Abdel Fattah al-Burhan mengesahkan wang tunai lebih AS$113 juta (RM472 juta) dalam tiga mata wang berbeza dirampas ketika serbuan di rumahnya.

Bashir yang memerintah Sudah selama 30 tahun berdepan tuduhan rasuah, memiliki mata wang asing secara haram dan menerima hadiah secara haram.

Bagaimanapun, peguamnya, Ahmed Ibrahim menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan adalah perkara biasa seorang pemimpin mempunyai mata wang asing.

"Tiada bukti mengaitkan tuduhan itu ke atasnya," katanya. - AFP

Artikel Berkaitan: