Lelaki bawa ketum maut kereta terbabas

Seorang penumpang maut dalam kejadian berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pagi tadi.
Seorang penumpang maut dalam kejadian berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pagi tadi.
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang lelaki maut apabila kenderaan dipenuhi ratusan ikat gulungan daun dipercayai ketum yang dinaiki terbabas dalam insiden berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pagi tadi.

Dalam kejadian itu, kenderaan dinaiki mangsa, Hasyim Yaakub, 44, merempuh belakang treler yang diparkir di hadapan Masjid Keputeraan Paloh di lokasi kejadian

Mangsa yang juga penumpang kereta itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan tersepit di dalam kenderaan.

No Image Caption

Ketua Polis Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 pagi itu melibatkan dua buah kenderaan.

"Kenderaan mangsa dari arah Gua Musang menuju ke Kuala Krai. Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu kenderaan jenis Proton Wira dipercayai terbabas lalu merempuh belakang treler yang diparkir.

"Bagaimanapun, pemandu kereta terbabit tiada di lokasi dan hanya seorang mangsa ditemui tersepit dalam kenderaan.

"Mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk tindakan susulan. Siasatan lanjut akan dilakukan susulan penemuan terbabit," katanya.

Artikel Berkaitan: