Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT dibuka lebih rendah berbanding dolar AS berikutan kekurangan permintaan terhadapnya.

Pada 9.08 pagi, ringgit berada pada paras 4.1780/1830 berbanding dolar AS daripada 4.1750/1790 yang dicatatkan pada Isnin.

Seorang peniaga berkata, dolar AS cecah ke paras hampir tertinggi dalam tempoh tiga minggu susulan laporan media mengenai tindakan beberapa negara untuk melancarkan rangsangan ekonomi masing-masing bagi menangani kelembapan ekonomi global.

Menurut AmBank Research hari ini, dolar AS lebih kukuh berikutan mudah tunainya yang lebih ketat serta statusnya sebagai aset selamat hanya menambah tekanan terhadap ringgit.

Malah, katanya, hala tuju ringgit turut dipengaruhi oleh pergerakan kadar faedah global.

"Kami percaya dasar monetari global yang longgar itu akan berterusan berikutan tindakan negara tertentu menggunakan kadar rendah itu untuk memastikan mata wang itu di paras rendah agar dapat mengekalkan kelebihan dari segi perbandingan.

"Oleh itu kami menjangkakan Bank Negara Malaysia akan mengikuti trend kitaran kadar faedah di peringkat global daripada bertindak sebaliknya," katanya dalam nota penyelidikan.

Sementara itu, berbanding yen ringgit mengukuh kepada 3.9182/9240 daripada 3.9183/9228 pada Isnin manakala berbanding dolar Singapura, ia turut meningkat kepada 3.0125/0176 daripada 3.0144/0184.

Artikel Berkaitan:

Ringgit bagaimanapun susut berbanding pound Britain kepada 5.0683/0748 daripada 5.0593/0645 dan naik berbanding euro kepada 4.6309/6369 daripada 4.6338/6399. - Bernama