Teknologi baharu isi bahan api di ruang angkasa

NASA berjaya menjalankan demonstrasi pengisian semula bahan api yang pertama di ruang angkasa Stesen Angkasa Antarabangsa menggunakan tiga alat yang direka khas.
NASA berjaya menjalankan demonstrasi pengisian semula bahan api yang pertama di ruang angkasa Stesen Angkasa Antarabangsa menggunakan tiga alat yang direka khas.
A
A
A

PENTADBIRAN Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) berjaya menjalankan demonstrasi pengisian semula bahan api yang pertama di ruang angkasa.

Operasi berlangsung di Stesen Angkasa Antarabangsa itu menggunakan tiga alat yang direka khas.

Dalam laporan futurism.com, teknologi robotik yang dinamakan Robotic Refuelling Mission 3 berjaya melepaskan ‘adapter’ yang mengandungi mentana, oksigen dan hidrogen sejuk beku sebelum dimasukkan ke dalam ‘coupler’ khas pada tangki bahan api.

Satu kenyataan memetik, tidak mustahil kecanggihan teknologi membolehkan manusia mengisi bahan api pada kapal angkasa dengan sumber bumi seperti cecair mentana sekali gus melancarkan misi penerokaan angkasa yang lebih jauh.

“Isunya timbul apabila keupayaan terhad terhadap pengisian semula bahan api di ruang angkasa selepas meninggalkan graviti bumi untuk ke bulan atau Marikh.

“Memastikan tangki bahan api kriogenik dalam keadaan suhu yang rendah agak sukar di ruang angkasa dan jika tangki panas, kesemua bahan api turut terbakar dan terbuang begitu sahaja,” menurut satu kenyataan.

Misi yang dilaksanakan NASA pada April sebelum itu menjadi sukar apabila pengisian semula bahan api tidak berjaya kerana berdepan masalah kritikal selepas tangki kriogenik menjadi panas secara tiba-tiba.

“Bagaimanapun ujian yang dilaksanakan berjaya mencetuskan idea penggunaan ais atau mentana sebagai bahan api untuk kapal angkasa sekali gus menjadikan misi bakal menjadi realiti tidak lama lagi,” katanya.

Artikel Berkaitan: